suria

ADUN Ampangan masuk hospital diserang sakit jantung

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rashid Latiff, 56, dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJs) di sini akibat diserang sakit jantung dua hari lalu.

Rashid yang ditemui Bernama di hospital itu hari ini berkata, beliau diserang sakit jantung ketika berada di rumahnya di Taman Rashibah Indah pada kira-kira pukul 4 pagi dan dikejarkan ke HTJS dengan ambulans.

"Alhamdulillah, keadaan saya kini semakin stabil setelah mendapat rawatan. Saya dijangka keluar dari hospital petang ini," katanya.

Katanya, sebelum ini beliau pernah menjalani pemeriksaan endogram di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selama empat hari.

Rashid berkata, beliau akan membuat pemeriksaan lanjut di IJN pada 17 Okt ini bagi menetapkan tarikh pembedahan pintasan jantung. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain