Abdullah: Bertanding jaga persaudaraan, elak parti berpecah - Semasa | mStar

Abdullah: Bertanding jaga persaudaraan, elak parti berpecah

TANJUNG KARANG: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan anggota Umno yang berhasrat bertanding pelbagai jawatan pada pemilihan parti peringkat bahagian yang bermula bulan depan agar bertanding dengan semangat persaudaraan.

"Pada mesyuarat peringkat bahagian nanti tentu ada ramai yang hendak bertanding jawatan, bertandinglah dengan semangat persaudaraan," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid AlRaudah di sini, malam tadi.

Mesyuarat Umno peringkat bahagian akan bermula dari 9 Oktober hingga 9 November.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, semangat persaudaraan itu perlu dijaga dan jangan dirosakkan bagi mengelakkan perpecahan pada parti.

"Kalau kerana bertanding, kita berbalah dan berpisah, itu tanda-tanda kita akan jadi lemah dan ini tidak akan beri kebaikan kepada kita," katanya.

Mengenai penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen berkuat kuasa hari ini, Abdullah berkata, ia dibuat setelah kajian dan perbincangan dilakukan serta mengambil kira harga semasa minyak di pasaran dunia.

"Dalam mesyuarat Kabinet tadi, kita bincang mengenai harga minyak. Yang penting kita ambil kira harga minyak hari ini dan nilai wang ringgit yang telah menurun, jadi kita kurangkan sebanyak 10 sen.

"Tengok bulan depan, apa yang akan berlaku," katanya.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini adalah untuk mengurangkan beban rakyat dan menunaikan janji kepada rakyat.

Abdullah turut mengingatkan Barisan Nasional (BN) Selangor supaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pembangkang yang sedia berkhidmat dan diterima rakyat.

"Apa yang berlaku (Selangor diperintah Pakatan Rakyat) jadikan pengajaran. Insya-Allah, kita akan dapat kembalikan negeri ini kepada BN," katanya.

Turut hadir pada majlis anjuran Badan Perhubungan Umno Selangor itu ialah isteri Abdullah, Datin Seri Jeanne Abdulllah; Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain