suria

Harga minyak diputus dalam mesyuarat Kabinet esok

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan membincangkan tentang harga minyak dalam mesyurat kabinet esok.

"Perkara yang berkaitan dengan minyak dan subsidi umpanya adalah perkara-perkara yang diputuskan kabinet dan lebih baiklah kita tunggu dulu daripada memberi sebarang bayangan berkaitan perkara ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi kedua bagi tahun 2008.

Ketika ditanya sama ada akan ada berita baik termasuk penurunan harga minyak sebagai 'hadiah hari raya kepada rakyat, Abdullah berkata perkara itu hanya akan dapat diputuskan esok.

"Kalau esok… kita tengok ada, adalah. Harap-harap begitulah (penurunan harga minyak)," katanya.

Artikel Lain