suria

Tan kekal Timbalan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU:Datuk Raymond Tan Shu Kiat, yang menganggotai Parti Maju Sabah (SAPP) yang keluar daripada Barisan Nasional (BN), akan kekal sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah sementara menunggu status beliau diputuskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Tan berkata beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Musa hari ini tetapi diberitahu oleh Musa supaya terus memegang kedua-dua jawatan itu sementara menunggu beliau membuat keputusan.

Semalam, Musa berkata beliau mahu membincangkan perkara itu dengan parti komponen BN.

"Saya telahpun menyerahkan surat saya. Bagaimanapun beliau (Musa) sebenarnya menasihati saya bahawa saya sepatutnya mengelak perkataan 'peletakan jawatan'.

Saya menjelaskan kepada beliau situasi yang saya hadapi sekarang.

"Musa memberitahu saya, saya masih Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur hingga tiba masa untuk beliau membuat keputusan," kata Tan kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Musa di pejabatnya di Wisma Innoprise, di sini.

Tan berkata beliau menyerahkan kepada budi bicara Musa sebagai Ketua Menteri untuk memutuskan kedudukannya dan beliau menerima apa jua keputusan dengan hati terbuka. Tan merupakan bekas Timbalan Presiden Parti Sabah Maju (Sapp).

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat tidak bersetuju dengan tindakan Presiden parti, Datuk Yong Teck Lee yang menyatakan parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan keputusan keluar dari gabungan BN.

Tan berkata kedudukannya pada masa ini agak pelik dan Musa tidak mahu ia dilihat seperti beliau berundur daripada semua jawatan, seperti yang beliau diarah untuk melakukan oleh Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee.

"Beliau meminta saya supaya meneruskan kerja. Dalam kedudukan saya pada masa ini, anda mungkin dapat membaca, dalam kes saya, sama ada terdapat calon bebas BN, bebas dalam maksud tidak terikat dengan manamana parti komponen," kata beliau.

Tan berkata sungguhpun SAPP keluar daripada BN, beliau dan mereka yang berkenaan masih dianggap sebagai wakil rakyat BN melainkan ada yang membuat keputusan untuk menyertai parti lain.

"Saya sebenarnya ada beberapa perjumpaan di pejabat saya dengan ketuaketua jabatan, untuk memberitahu mereka apa jua perkembangan dalam konteks politik. Saya tidak mahu ada kerja di jabatan yang terhenti.

"Saya tegaskan bahawa kita akan mencapai sasaran daripada segi projek yang sudah dirancang untuk tahun ini," katanya.

Ditanya sama ada Musa menasihati beliau supaya bercuti, Tan menjawab: "Tidak, saya tidak akan bercuti, saya ada banyak kerja untuk dibuat."

Katanya dalam pertemuan ringkas itu, yang mengambil masa kirakira 15 hingga 20 minit, beliau dan Musa turut membincangkan isu pendatang asing tanpa izin yang dibangkitkan oleh SAPP, dan isu levi pekerja yang dianggap sebagai membebankan majikan dalam pengambilan pekerja.

Mengenai sama ada mereka turut berbincang mengenai pembentukan sebuah parti baru, beliau berkata perkara itu tidak dibincangkan.

Terdahulu, Tan menyertai Musa pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pasukan keselamatan di sini. Musa, ketika ditemui di majlis itu, mengulangi bahawa beliau akan berbincang dengan parti komponen BN sebelum memutuskan status Tan tetapi berkata ia akan mengambil masa.

"Kami bukanlah tergesagesa untuk mengambil tindakan. Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang," kata Musa, sambil menambah sehingga masa itu tiba, Tan akan terus kekal dalam Kabinet. BERNAMA

Artikel Lain