suria

Raymond Tan timbulkan teka-teki keanggotaan dalam SAPP

KOTA KINABALU: Datuk Raymond Tan Shu Kiah hari ini menimbulkan teka-teki tentang keanggotaan beliau dalam Parti Maju Sabah (SAPP). Ditanya sama ada beliau telah meninggalkan parti itu, Tan berkata: "Itu anda kena tanya mereka (SAPP). Adakah anda bertanya mereka sama ada mereka menghantar surat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memaklumkan secara rasmi bahawa SAPP telah keluar daripada BN? "Saya belajar daripada merekalah, itulah apa yang mereka buat. Mereka mengisytiharkan sudah keluar daripada BN, maka saya juga isytiharkan saya sudah keluar daripada SAPP".

Tan berkata demikian kepada pemberita sebelum mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bagi membincangkan kedudukan beliau dalam Kabinet Negeri berikutan pengumuman SAPP pada 17 September bahawa parti itu sudah keluar daripada BN.

Ditanya adakah beliau masih menganggap dirinya sebagai anggota SAPP, Tan berkata: "Diri saya tidak penting, saya rasa lebih tepat ialah apakah anggapan SAPP tentang saya."

Tan berkata oleh kerana beliau tidak menghantar sebarang surat peletakan jawatan kepada SAPP, maka beliau menyerahkan kepada parti itu untuk menangani perkara berkenaan. BERNAMA

Artikel Lain