Harga baru minyak diputuskan dalam beberapa hari - Semasa | mStar

Harga baru minyak diputuskan dalam beberapa hari

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memutuskan kadar baru harga minyak dalam beberapa hari, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas taklimat khas kepada beliau selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan Rabu lalu.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan dijangka akan membincangkan rancangan untuk menurunkan harga runcit minyak sebelum perayaan Aidilfitri pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menurut Shahrir, beliau akan membawa rancangan penurunan harga itu pada mesyuarat kabinet berkenaan untuk diputuskan jemaah menteri.

Beliau berkata kerajaan perlu meneliti tarikh penurunan harga minyak kerana penurunan harga dikhuatiri menyebabkan kekurangan bekalan pada musim perayaan ini.

Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ku Li tidak gusar perkembangan dalam Umno

Artikel Berkaitan

Artikel Lain