suria

Shafie: ISA tidak perlu dikaji semula

SEMPORNA: Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikaji semula kerana ia masih diperlukan di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Mohd Shafie berkata ISA mempunyai peranannya tersendiri dalam menangani pelbagai isu yang timbul daripada struktur masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama bagi memastikan ketenteraman kaum dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin.

"Tak perlu dinilai semula. Apa yang penting kepada kita ialah kita kena melihat kebaikan ISA kerana ISA ada kebaikannya," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat di sini hari ini.

Sementara itu Mohd Shafie berkata Akta Hubungan Kaum yang sudah dipersetujui Kabinet dan sedang dalam proses penggubalan diperlukan bagi memastikan tidak ada pihak yang sewenangwenangnya cuba membangkitkan isuisu sensitif.

"Akta ini merupakan akta yang agak khusus bagi menjadi garis panduan kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita. Walaupun kita tahu ada aktaakta lain tapi ia (akta lain) agak umum," katanya. Beliau berkata dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia, kerajaan perlu menguruskan isuisu yang diangap sensitif seperti agama dan kaum agar ia tidak mencetuskan perkara buruk.

"Perlembagaan cukup jelas menyatakan hak kedudukan agama Islam dan orang Melayu serta Raja-Raja, tetapi ada lagi (pihak) yang mempersoalkan perkara itu. Ini yang membimbangkan kita.

Shafie menegaskan bahawa dalam kehidupan manusia perlu ada disiplin serta peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan peraturan berkenaan merupakan garis panduan dalam mengambil tindakan. BERNAMA

Artikel Sebelum

UPKO cadang ISA dikaji semula

Artikel Berikut

Anwar 'main wayang' - Rais

Artikel Lain