suria

Shahniza sahkan tadning Ketua Puteri Umno

KUANTAN Ketua Penerangan Puteri Umno, Datuk Shahaniza Shamsudin hari ini mengesahkan hasrat bertanding jawatan Ketua Puteri pada pemilihan parti Disember ini.

Katanya, beliau membuat keputusan itu setelah mendapat maklum balas positif daripada akar umbi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Shahaniza, 38, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Maran berkata, fokus utamanya adalah untuk menguatkan parti.

Jika berlaku sebarang pertandingan, beliau berharap ia berlangsung dalam suasana harmoni dan tidak memecahbelahkan Puteri, katanya kepada pemberita selepas majlis Beli-belah Penghuni Rumah AnakAnak Yatim Tengku Ampuan Fatimah di sini, hari ini.

Naib Ketua Puteri, Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebelum ini turut melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain