suria

Rais: Kajian semula ISA boleh dibuat dengan cermat

KUALA KLAWANG Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berpendapat kajian semula mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dibuat tetapi perlu dilakukan dengan cermat.

Oleh itu, beliau berkata, gesaan sesetengah pihak supaya ISA dihapuskan merupakan pandangan politik yang tidak harus disuarakan.

"ISA itu bukanlah sempurna 100 peratus... kita boleh lihat aspek-aspeknya yang didakwa tidak begitu memenuhi syarat-syarat kemanusiaan. Ini saya bersetuju, malah prinsip ini memang kita pegang selama ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, sedangkan negara lain juga ada tindakan sama seperti ISA dan kenapa mereka tidak menyentuh mengenai perkara itu.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata kajian mengenai ISA pernah dimulakan dulu tetapi memakan masa sebab keadaan di negara ini yang sentiasa berubah dalam konteks keselamatan dan kepentingan awam.

"Kalau sudah sampai masanya nanti, harus dijalankan kajian itu dan ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain