suria

MT bincang percepat pelan 2010, keputusan diserah Pak Lah-Najib

ABDULLAH Ahmad Badawi dan Mohd. Najib Tun Razak pada sidang media khas Rabu lalu selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di Putrajaya. Abdullah mengumumkan pertukaran portfolio pertahanan dan kewangan sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada timbalannya itu pada Jun 2010. Kedua-dua pemimpin juga komited dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan UMNO pada Disember ini, Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti. -- fotoBERNAMA

(Dikemas kini) PETALING JAYA Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengumumkan pelan peralihan kuasa lebih dua bulan yang lalu, kini berhadapan dengan tekanan semakin meningkat agar mempercepatkan pelan peralihan kuasa.

Gesaan supaya beliau berbuat demikian telah dikemukakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu negara, kelmarin.

mStar Online difahamkan sebahagian anggota MT mahu Abdullah menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan sebelum persidangan bahagian Umno bulan depan, yang akan bermula 9 Oktober.

Gesaan itu diberikan empat hari selepas Abdullah dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengulangi komitmen mereka untuk menjayakan pelan peralihan kuasa Jun 2010.

Pada Rabu lalu, Abdullah juga ada menekankan kemungkinan pelan peralihan itu akan dipercepatkan.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi mStar Onlinesebentar tadi berkata, memang ada pandangan supaya pelan peralihan kuasa dipercepatkan, tetapi tiada keputusan agar dilaksanakan sekarang.

"Keputusan yang dicapai cuma pelan peralihan 2010 dikekalkan, tetapi sebarang perubahan, sama ada hendak dipercepatkan, ia terserah kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri... ini keputusan yang dibuat.

"Memang ada banyak pandangan, macam-macam pandangan diberikan, (Tan Sri) Muhyiddin punya pandangan ada dan lain-lain pun memberikan pandangan, itu cuma pandangan tetapi bukan keputusan... macam juga di tempat anda, editor-editor memberikan pandangan tapi itu bukan keputusan, keputusan dibuat oleh ketua pengarang," kata beliau yang juga anggota Kabinet dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Laporan The Starhari ini menyebut Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz dan anggota MT, Datuk Seri Shafie Apdal telah melahirkan pandangan adalah tidak baik bagi parti jika Abdullah kekal sebagai Presiden parti selepas Perhimpunan Agung Umno Disember ini.

Turut memberikan pandangan agar pelan berkenaan dipercepatkan ialah Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang akan bertanding jawatan Naib Presiden Disember ini.

Bagaimanapun hanya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, yang turut bercakap mengenai isu berkenaan, mengkritik mereka yang meminta Abdullah berundur segera.

Apabila lebih ramai anggota MT mula memberikan pandangan, Najib mencelah dan berkata, mereka yang bercakap telah pun menyatakan pendirian masing-masing dan oleh itu, beliau dan Abdullah akan membincangkan isu berkenaan secara mendalam sesama mereka - secara peribadi - kemudian.

Pada Disember ini, Umno akan mengadakan pemilihan bagi jawatan-jawatan tertinggi - Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan kerusi MT.

Abdullah sebelum ini telah pun menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden parti dan akan menyerahkan kedudukannya kepada Najib pada Jun 2010.

Bulan depan persidangan bahagian akan berlangsung, turut menyaksikan proses pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi pusat.

Dengan perkembangan semasa Abdullah dikatakan tidak akan memperoleh pencalonan yang secukupnya untuk mempertahankan kedudukan beliau.

Soal itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat MT kelmarin.

Rafidah dikatakan telah memaklumkan Abdullah bahawa berdasarkan maklumat yang diterima Presiden parti itu tidak akan menerima pencalonan minimum daripada 58 bahagian bagi mempertahankan kedudukannya.

Kelmarin selepas mempengerusikan mesyuarat MT, Abdullah berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.

Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata, sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan Najib.

"Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apaapa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah.

"Saya akan cakap dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib, tak payah ulang-ulanglah," kata beliaun dipetik Bernama.

Di sebalik senario semasa itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkuat kuasa Rabu lalu menjelaskan, beliau menangguhkan lawatannya selama dua hari ke Arab Saudi yang sepatutnya bermula semalam disebabkan beliau perlu menyusun semula jadualnya bagi membolehkannya memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan Isnin ini.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri berkata, penangguhan itu tidak ada kena-mengena dengan senario politik dalam negara.

Tekanan ke atas kepimpinan semasa meningkat selepas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas.

Laporan The Star yang memetik anggota MT, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, Abdullah telah mendapatkan pandangan-pandangan yang diberikan dan meminta masa diberikan bagi membincangkan isu berkenaan dengan Najib.

"Beliau sedar tentang hasrat ahli-ahli akar umbi dan beliau mengatakan kesediaan untuk fleksibel dalam isu ini.

"Saya tidak lihat ada keperluan untuk bercakap mengenai keperluan mengenakan tekanan ke atas beliau. Biarkan beliau membuat keputusan," katanya. Abdullah dan Najib telah pun mengadakan pertemuan dua kali iaitu pada Sabtu dan Isnin lalu berkaitan isu berkenaan, dan keluar dengan kenyataan bahawa komited untuk merealisasikan pelan berkenaan.

Kemudian isu berkenaan dibangkitkan semula dalam mesyuarat MT kelmarin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain