suria

Ka Ting: Jadikan sikap tidak gila kuasa budaya baru dalam MCA

KUALA TERENGGANU:Setiap pemimpin MCA perlu memiliki sikap bertanggungjawab dan tidak gilakan kuasa dalam menerajui kepimpinan parti, kata Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

Katanya kedua-dua sikap itu perlu menjadi budaya baru bagi MCA dalam usaha menarik semula sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu.

Beliau berkata tindakannya tidak mempertahankan jawatan tertinggi parti pada pemilihan bulan depan adalah kerana merasa bertanggungjawab terhadap prestasi kurang memberangsangkan MCA pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Katanya masyarakat Cina masih menganggap bahawa ada di kalangan pemimpin MCA yang berebutrebut ingin memegang jawatan tertinggi dalam parti daripada berusaha memulihkan semula parti berkenaan.

"Sebab itu saya mahu menjadi contoh dengan tidak memegang apaapa jawatan dalam kabinet untuk membuktikan pemimpin MCA bukan (gila kuasa) seperti apa yang difikirkan masyarakat Cina," katanya semada berucap merasmikan mesyuarat agung MCA Terengganu di Tuanku Mizan Golf and Country Resort di sini hari ini.

"Sebagai presiden parti saya mahu buktikan bahawa pemimpin MCA bukan pemimpin yang tidak sanggup lepaskan kuasa (jawatan)," katanya.

Ka Ting berkata jika pemimpin parti itu saling tuduhmenuduh antara satu sama lain kerana kegagalan mereka pada pilihan raya lepas tanpa mahu memikul tanggungjawab itu, ia tidak akan dapat memulihkan semula parti bagi menarik sokongan rakyat.

"Sebab itu saya mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan pada pemilihan parti bulan depan. Namun, walaupun saya bukan lagi menteri sekarang tetapi saya perlu pastikan bahawa parti berjalan lancar.

"Kita akan terus memperjuangkan hakhak kaum Cina dan saya penuh yakin MCA akan kembali mendapat sokongan masyarakat Cina pada masa akan datang," katanya.

Antara yang turut hadir pada majlis hari ini ialah Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain