MIC mahu Majlis Hubungan Kaum dibentuk - Semasa | mStar

MIC mahu Majlis Hubungan Kaum dibentuk

KUALA LUMPUR: MIC hari ini mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Majlis Hubungan Antara Kaum bagi membincangkan pelbagai isu berhubung soal agama, bahasa, budaya dan sensitiviti semua kaum.

Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, majlis itu penting dalam usaha kerajaan mengukuhkan lagi perpaduan kaum yang telah terjejas selepas pilihan raya umum yang lalu.

"Majlis ini amat penting untuk meletakkan perpaduan kaum pada landasannya yang asal," kata Samy Velu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di sini.

Beliau berkata, majlis tersebut dapat diwujudkan selepas Akta Hubungan Antara Kaum yang dicadangkan dapat direalisasikan.

"Kami bimbang dengan keadaan sekarang di mana orang ramai merasakan banyak kenyataan berbentuk atau berbaur perkauman dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Samy Vellu berkata, wakil daripada pelbagai parti politik dan persatuan agama serta kebudayaan boleh dilantik menganggotai majlis tersebut bagi membantu kerajaan membina semula perpaduan kaum sebagai teras kepada perpaduan nasional.

Katanya, antara lain mesyuarat MIC hari ini turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Kewangan.

Sambil mengulangi sokongan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri dan Najib sebagai timbalannya, Samy Vellu berkata, MIC juga memberi komitmen dan kesetiaan sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN) dan akan terus membantu BN dalam misi untuk mendapatkan semula sokongan rakyat melalui beberapa pembaharuan.

"MIC juga menyokong Kerajaan dalam segala tindakannya untuk memastikan supaya ekonomi negara terus stabil dan kukuh," katanya.

Samy Vellu berkata, MIC juga meminta Kerajaan supaya memastikan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA digunakan secara berhati-hati dengan mengambil kira keadaan sesuatu kes.

"Kami juga meminta pembangkang supaya menghentikan semua tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dan membawa kepada keadaan di mana orang ramai merasa tidak selamat dan keliru," katanya.

Artikel Sebelum

Menyokong pembangkang 4 ahli Umno dipecat

Artikel Berikut

Mila intai peluang berlakon

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!