suria

Penasihat undang-undang Hindraf gagal habeas corpus

KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-undang pertubuhan Hindraf, P. Uthayakumar gagal dalam usahannya mendapatkan perintah mahkamah membebaskan beliau atas alasan kecuaian kemudahan perubatan dan bahaya ke atas dirinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Suraya Othman hari ini menolak permohonan habeas corpus dibuat Uthayakumar. Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan habeas corpus lima pemimpin Hindraf - Uthayakumar, M. Manoharan, V. Ganabatirau, K. Vasantha Kumar dan R. Kenghadaran supaya mereka dibebaskan daripada tahanan ISA.

Artikel Sebelum

Artikel Lain