suria

Peguam dibenar temui Teresa di Bukit Aman petang ini

PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok telah diberi kebenaran menemui peguamnya petang ini.

Peguam Sankara Nair berkata, pihak polis memberikan kebenaran itu semalam bagi menguruskan beberapa urusan berkaitan perundangan.

"Saya akan menemui pukul 2 petang ini, di Bukit Aman," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Teresa ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Jumaat lalu.

Bapanya, Kok Kim Tong, 74, yang menemui beliau kelmarin berkata, Setiausaha Publisiti DAP itu akan ditahan selama 28 hari.

Beliau sedang disiasat tentang tiga perkara iaitu penggunaan tulisan jawi pada papan tanda, tuduhan beliau melarang laungan azan di dua masjid dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor.

Artikel Sebelum

Artikel Lain