Najib yakin kerajaan BN akan kekal berkuasa - Semasa | mStar

Najib yakin kerajaan BN akan kekal berkuasa

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa disebalik rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pada hari ini.

"Kami memang yakin. Kami sentiasa yakin yang kerajaan yang sama akan terus memerintah.

"Sebab itu kenapa kami memilih tarikh 16 Sept (untuk melancarkan projek ini)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) antara kerajaan dan Telekom Malaysia Berhad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Najib berkata beliau memilih tarikh hari ini untuk melancarkan projek itu kerana beliau yakin yang kerajaan sedia ada akan kekal berkuasa.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan anggota Parlimen Permatang Pauh yang baru, sebelum ini mengembar-gemburkan yang pembangkang telah mendapatkan lebih 30 anggota Parlimen yang akan berpaling tadah daripada BN dan menetapkan 16 Sept sebagai tarikh untuk mengambil alih kerajaan.

"Projek ini menandakan masa depan yang baru bagi Malaysia. Projek yang memaparkan konsep Malaysia moden. Projek ini menunjukkan betapa majunya kerajaan sekarang," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Anwar yang beliau sudah mempunyai bilangan anggota Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, Najib berkata: "Ya, beliau boleh kata apaapa pun. Biarlah."

Terdahulu, Najib sebelum memulakan ucapan perasmiannya berkata tarikh hari ini dipilih kerana yakin kerajaan yang ada pada hari ini akan kekal berkuasa.

"Ini satu lagi yang dilakukan oleh parti pembangkang, politik pembohongan yang jelas sekali tidak akan menjadi kenyataan.

"Visi yang jelas sekali tidak akan menjadi kenyataan. Majlis hari ini akan sentiasa diingati," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?