suria

Chua Soi Lek akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MCA

KUALA LUMPUR: Bekas naibpresiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek siap sedia untuk kembali ke arena politik dengan bertanding untuk jawatan timbalan presiden MCA dalam pemilihan parti 18 Okt. Bekas Menteri Kesihatan itu dijangka mengumumkan keputusannya esok untuk berdepan dengan setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan bagi jawatan no 2 parti itu.

"Beliau akan mengadakan sidang akhbar esok pada 10.30 pagi. Venuenya akan diberitahu kemudian," kata seorang penyokong Dr Chua kepada Bernama di sini hari ini.

Penyokong itu enggan menyatakan jawatan mana akan beliau tandingi, tetapi orang-orang dalam parti berkata berkemungkinan beliau akan merebut jawatan timbalan presiden.

Ini berikutan pengumuman minggu lepas oleh seorang lagi bekas naib presiden yang juga bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng untuk bertanding jawatan utama parti itu. Dr Chua dikatakan telah memberitahu penyokongnya yang beliau ingin mengelakkan pertarungan tiga penjuru bagi jawatan utama parti.

Beliau mengekalkan tanpa bertanding jawatan pengerusi bahagian Batu Pahat Mei lepas. Awal tahun ini, Dr Chua melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan selepas mengakui beliau adalah orangnya dalam video seks yang diedarkan meluas di Johor. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain