suria

Analisis: Anak Didik OKS Belum Diuji

MEMPERKATAKAN tentang perlawanan Malaysia menentang Brunei, ternyata skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee (OKS) belum lagi menampakkan ciri-ciri sebuah pasukan yang mantap.

Walaupun berjaya menundukkan Brunei dalam perlawanan pada Isnin malam, OKS perlu memperkukuhkan pasukannya bagi menghadapi pasukan elit seperti Thailand.

Bagaimanapun, OKS tetap menyajikan sebuah perlawanan yang menarik untuk ditonton oleh kesemua peminat bola sepak tanahair dengan terapan falsafah yang tersendiri.

Malaysia Pada Separuh Masa Pertama

Skuad negara mempersembahkan sebuah permainan bola sepak yang berkualiti berkonsepkan free flowing football. Bangga menyaksikan anak-anak muda kita mempunyai first touch yang sangat baik dan bermain dalam fludity yang tinggi.

Malaysia bermula dengan pace (tempo) permainan yang tinggi untuk memecahkan defensive block pasukan Brunei. 

Lawan pula bertahan secara compact dan mereka sangat tersusun dalam disiplin bertahan tetapi pemain-pemain mereka lambat untuk menyesuaikan diri dalam permainan yang baru berlangsung dan daripada kegagalan itulah menyebabkan mereka dibolosi seawal minit permainan.

Anak didik OKS pula kelihatan selesa bermain dengan sistem 3 pertahanan yang membolehkan OKS memaksimumkan pemain di bahagian tengah untuk memberikan sokongan depth yang cukup kepada barisan hadapan dalam disiplin menyerang pasukan Malaysia.

Strategi ini ternyata sangat baik dan tidak hairanlah mengapa Malaysia memperoleh begitu banyak peluang untuk menghasilkan jaringan.

Prinsip menyerang skuad negara pula kelihatan terarah kepada Syafiq Ahmad sebagai False NO9 untuk menarik keluar pemain-pemain pertahanan pasukan Brunei bagi membolehkan pemain seperti Shazwan Andik dan Azam Azih berada di zon halfspace untuk memainkan strategi the false10 (Inside Forward) yang berperanan sebagai shadow striker.

Manakala Matthew Davies diletakkan di posisi RWB dalam formasi asas 3-5-2 yang mengamalkan sistem pertahanan bertiga serta menggunakan bek sayap.

Dalam sistem pertahanan bertiga, pertukaran posisi yang pantas amat perlu dalam transisi bertahan mahupun menyerang.

Ianya akan cuba membentuk semula rantaian 4 atau 5 pertahanan dalam transisi bertahan bagi membolehkan setiap zonal diisi dengan pemain.

Itu adalah prinsip utama dan OKS menggariskan garisan bertahan tinggi (defensive highline) bagi memerangkap pemain lawan dalam situasi offside (jika formasi pasukan dalam menggunakan 3 pertahanan) tetapi strategi ini masih lemah dan Brunei berjaya memanipulasikan defensive highline pasukan Malaysia dan mereka berjaya memperolehi gol penyamaan.

Harus diingat!  Brunei mempunyai pemain-pemain yang memiliki footwork serta ability yang tinggi malah lebih baik dari pemain Malaysia sendiri seperti Zulkhairy Hady, Shafie Efenddy dan Haziq Kasyful.

Tetapi apabila berdepan pasukan yang memainkan bola sepak dalam pace permainan yang tinggi serta aggresive memberikan tekanan di bahagian tengah, pemain-pemain ini tenggelam kerana mereka perlu turun sehingga ke defensive third untuk meyerap tekanan pasukan lawan dan hanya meninggalkan Zulkhairy berseorangan di middle third untuk melakukan serangan balas pantas.

Inilah yang dilakukan oleh mereka untuk memperolehi gol penyamaan.

Itu hanyalah bayangan awal skuad bimbingan OKS tetapi Brunei juga bukan lawan yang boleh dianggap remeh.

Bermain dengan pace permainan yang tinggi membuatkan pemain-pemain mudah hilang tenaga untuk mengharungi 90 minit permainan, ianya dapat dilihat ketika perlawanan menghampiri minit-minit terakhir separuh masa yang pertama.

Separuh Masa Kedua Yang Membosankan

Skuad negara mula menunjukkan tanda-tanda pemain semakin tidak bertenaga. Mereka gagal untuk membentuk shape pasukan dan banyak berlaku hantaran bola lambung yang tidak menemui sasaran.

Ini salah satu faktor risiko yang perlu diambil oleh seseorang jurulatih untuk mengarahkan pasukannya memainkan pace permainan yang tinggi untuk menyaingi pasukan lawan.

Skuad negara bernasib baik berdepan dengan sebuah pasukan yang tidak mempunyai ramai pemain yang berkualiti untuk bermain dalam ball possesion game kerana jika pasukan Brunei merupakan sebuah pasukan yang memainkan konsep itu, Malaysia pasti berdepan situasi yang sukar.

Pasukan kita juga kelihatan amat lemah dalam separuh masa yang kedua dalam disiplin menyerang kerana tiap kali bola dilambungkan melepasi middle third, hanya ada seorang sahaja pemain di sana dan pemain-pemain lain lambat sampai untuk memberikan sokongan (support) untuk membentuk semula shape pasukan ketika menyerang.

Support range yang terlalu jauh menyebabkan pemain yang memiliki bola tiada pilihan dalam melakukan hantaran atau untuk cuba melakukan semula built up serangan dalam transisi bertahan kepada menyerang.

Apabila situasi seperti ini berlaku, peratusan untuk sesebuah pasukan itu menghasilkan gol adalah sangat tipis.

Kesimpulan

Mungkin ini hanyalah ujian pertama buat skuad negara dan tidak kesemua pemain utama diturunkan kerana kita  masih mempunyai banyak perlawanan yang perlu diharungi.

Mungkin jika OKS dapat memastikan perjalanan 90 minit perlawanan terkawal dan sentiasa berada dalam shape yang baik seperti dalam separuh masa pertama, Kita mungkin akan dapat menyumbang satu pingat kepada Malaysia dalam acara bola sepak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain