Himpunan Veteran Utusan Berlangsung Meriah - Rencana | mStar

Himpunan Veteran Utusan Berlangsung Meriah

Tan Sri Johan Jaafar (dua, kanan) membacakan sajak ketika majlis berlangsung sambil diperhatikan rakan-rakan lamanya iaitu Tan Sri Zainuddin Maidin (kiri), Datuk Khalid Yunus (dua, kiri) dan Datuk Raja Ahmad Niza (kanan).
PUTRAJAYA: Satu majlis yang menghimpunkan bekas kakitangan dan ketua-ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad berlangsung meriah dengan perbezaan pandangan politik sesama mereka diketepikan seketika.

Bertempat di Zam Newsroom Cafe, di sini, Sabtu, lebih 50 ahli daripada kumpulan Buletin Suara Keramat menghadiri majlis itu yang diadakan dengan tujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan mereka yang pernah berkhidmat di Jabatan Pengarang syarikat penerbitan itu.

Salah seorang bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, majlis ini diadakan susulan penubuhan satu kumpulan WhatsApp baru-
baru ini yang dinamakan Buletin Suara Keramat.

“Utusan Melayu ditubuhkan pada 1939, ia adalah sebuah institusi keramat. Tapi kini ada di kalangan kami yang sudah tua dan uzur sebab itu kami mahu adakan hubungan semula dan mengeratkan silaturrahim sesama kami.

"Mungkin ada di kalangan kami yang berbeza pandangan politik jadi saya pun buka kumpulan WhatsApp ini tetapi dengan syarat ahli-ahllinya tak boleh bincang 
tentang politik dan tiada debat agama, halal haram dan isu sensitif lain, hanya tujuan eratkan silaturrahim sahaja," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis tersebut, pada Sabtu 20 Februari baru-baru ini.



Menurut Johan, kumpulan itu yang setakat ini mempunyai seramai 108 ahli akan berfungsi sebagai saluran untuk ahli-ahlinya bercerita tentang nostalgia, bertanya 
khabar dan mengatur pertemuan atau aktiviti tertentu.

Johan menjelaskan, satu lagi sebab mengapa beliau mengambil inisiatif ini setelah  ramai yang tidak tahu atau sukar mendapat maklumat tentang pemergian bekas 
pengarang akhbar Mingguan Malaysia, Ahmad Idris atau Abi baru-baru ini.

Katanya, aktiviti berhimpun secara santai seperti ini adalah yang pertama kali diadakan sejak kumpulan ini ditubuhkan, yang turut menyaksikan beliau membacakan sajak.



“Sebelum ini kami melakukan aktiviti menziarahi seorang rakan kami yang sakit iaitu bekas Pengurus Jabatan Pengarang dan wartawan veteran, Taib Ahmad dan dua orang lagi bekas anggota jabatan pengarang iaitu, pasangan suami isteri Omar Manan dan Fauziah Rauf.

“Untuk aktiviti hari ini, Tan Sri Zainuddin Maidin telah bertindak sebagai tuan rumah dan jamuan dibuat dengan konsep pot luck,” katanya.

Sementara itu Fauziah yang sebelum ini pernah memegang jawatan presiden Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia
(WHAM) berkata pertemuan dengan rakan-rakan pada majlis itu sangat menyentuh hati.

Fauziah Rauf

Fauziah berkata, majlis itu dianggap sebagai satu himpunan perdana yang mempertemukan semula dirinya dengan rakan-rakan sewaktu berkhidmat sebagai wartawan di Utusan Melayu.

"Rasa tak puas pun ada sebab bila dah jumpa kawan-kawan lama, majlis setengah hari memang tak cukup.

"Bayangkan saya berhenti dari Utusan pada 1983, sudah tentu ramai yang sudah terputus hubungan. Dengan adanya kumpulan dan aktiviti seperti ini memang ia dapat menghubungkan kami semula," katanya.

Fauziah berkata, beliau juga amat terharu apabila rakan-rakan lamanya daripada kumpulan itu datang ke rumahnya untuk menziarahi dia dan suami yang kurang sihat baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dilema Dalam Isu Bawa Masuk Pekerja Asing

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain