suria

Ep5 #PraktikalSurvivor Awas Muslihat Pemangsa!

JERAT merupakan tipu muslihat popular yang digunakan pemburu untuk memerangkap haiwan tertentu.

Bagi si pemangsa, jerat atau perangkap perlu dipasang dengan teliti untuk memastikan habuan yang diburu tidak terlepas.

Menerusi episod kali ini, Praktikal Survivor berkongsi beberapa kaedah yang biasa digunakan oleh suku Temiar di Gua Musang, Kelantan untuk menjerat haiwan di hutan.

Salim Tegau, 35, yang bepengalaman mengenai selok-belok hutan menunjukkan kaedah untuk memasang jerat menggunakan alatan asas seperti rotan, buluh serta kayu bagi tujuan ikhtiar hidup.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain