Dakwaan Saya & Isteri Orang Bangsawan Tidak Betul - Hishammuddin - Rencana | mStar

Dakwaan Saya & Isteri Orang Bangsawan Tidak Betul - Hishammuddin

KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang Kerusi Parlimen Semberong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan dakwaan beliau dan isteri golongan bangsawan serta tidak bergaul dengan masyarakat setempat sebagai dakwaan bodoh.

"Saya katakan dakwaan itu bodoh kerana mereka (yang lemparkan dakwaan) tidak tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dan isteri (Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah) dengan masyarakat di Semberong.

"Hanya orang di Semberong sahaja yang tahu," katanya pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Melayu Batu Empat, Paloh yang turut dihadiri calon B Nbagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh Teo Yap Kun, di sini, Jumaat.

Kata Hishammuddin, hubungan beliau dan isteri dengan penduduk di kawasan Parlimen Semberong adalah seperti sebuah keluarga besar.

Dalam pada itu beliau turut meminta pengundi di Johor agar menolak kehadiran orang kuat pembangkang yang mencuba nasib di negeri berkenaan.

Jangan bagi peluang mereka bertapak di negeri ini, katanya yang meminta pengundi menggagalkan usaha penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertapak di Johor dengan "menghantar roket ke bulan".

Beliau juga meminta pengundi mengekalkan Johor sebagai kubu kuat Umno dan BN.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa