BN Ledang Tetap Berjuang, Ikrar Hadiahkan Kemenangan Kepada Ghani - Rencana | mStar

BN Ledang Tetap Berjuang, Ikrar Hadiahkan Kemenangan Kepada Ghani

LEDANG: Setiausaha MIC negeri, M. Asojan mengakui kempen Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) agak berbeza kerana tidak lagi diketuai oleh bekas ahli Parlimen Ledang Datuk Abdul Ghani Othman yang mana kali ini bakal bertanding di Parlimen Gelang Patah.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir berkata walaupun ketiadaan Ghani sedikit sebanyak memberi kesan kepada kempen kali ini namun mereka menyanjung pengorbanan yang dilakukan Menteri Besar itu.

"Secara jujurnya memang sangat terasa bayangkan dia sebagai abang sulung kami sewaktu kempen dahulu kini sudah tidak lagi.

"Tapi kami faham dia sangup berkorban demi parti untuk berjuang menentang pembangkang dan dia adalah wira kami," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau dan komponen-komponen BN Bahagian Ledang berikrar akan memastikan Parlimen berkenaan termasuk DUN Gambir, Serom dan Tangkak kekal di bawah BN dan menghadiahkan kemenangan itu kepadanya.

"Apabila bertemu jentera parti-parti komponen di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) kita selalu beritahu mereka bahawa Datuk Abdul Ghani Othman bukan tinggalkan kita tetapi pergi berjuang.

"Kita akan buat terbaik sebagai hadiah untuknya," katanya lagi.

Asojan yang berdepan tentangan empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir termasuk pencalonan daripada Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan berdepan dengan dua calon Bebas iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Ledang, Mohd Zan Abu dan bekas guru, Yunos Mustakim.

Sementara itu, Asojan berkata, peluangnya menang di DUN Gambir adalah cerah keranapengundi akan menilai kemajuan yang sudah dan sedang dibawa di Gambir selain kebijaksanaan mereka memilih atas kapasiti dirinya yang mewakili BN.

Menurutnya, terlalu banyak pembangunan dan kemajuan sudah dibawakan dan pengundi dapat melihat sendiri segala usaha dilakukan kerajaan dalam menaik taraf hidup mereka terutama dari sebuah pekan kepada satu bandar baru.

"Mercu tanda seperti Bangunan Pasar Tani Bukit Gambir, Balai Bomba Bukit Gambir dan Plaza Tol Bukit Gambir oleh Plus Expressways Bhd. yang akan siap tidak lama lagi dengan kos RM80 juta, ini semua dibangunkan di bawah siapa? Adakah ini Asojan yang buat? Tidak ini mampu dilakukan di bawah kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jadi jangan lihat pada individu tapi pasukan yang saya wakili. Bukan saya memperkecilkan calon lain tetapi pengundi harus membuat pilihan yang boleh menjamin kesejahteraan dan kemakmuran kepada negara," katanya.

Ketika ini katanya, beliau mempelawa pihak swasta melabur di DUN Gambir dan Mukim Sagil dengan membina rumah mampu milik dengan kos antara RM80,000 hingga RM100,000 bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain