Calon BN, PAS Buloh Kasap Bertembung Ketika Berkempen - Rencana | mStar

Calon BN, PAS Buloh Kasap Bertembung Ketika Berkempen

Norshida (kiri) bertembung dengan Mohd Firdaus (kanan) Masod apabila bertembung ketika sama-sama berkempen di pekan Buloh Kasap, Selasa.
Norshida (kiri) bertembung dengan Mohd Firdaus (kanan) Masod apabila bertembung ketika sama-sama berkempen di pekan Buloh Kasap, Selasa.

SEGAMAT: Ketua Puteri Umno Johor, Norshida Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Segamat, Mohd. Firdaus Masod yang kedua-duanya calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap 'terkejut' apabila bertembung ketika sama-sama berkempen di pekan Buloh Kasap, di sini, Selasa.

Pertemuan secara tidak sengaja di sebuah kedai makan itu turut menarik perhatian orang ramai serta masing-masing bertegur sapa dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira lima minit itu sebelum mereka beredar untuk meneruskan kempen.

Noshida yang juga Ketua Puteri Umno Segamat berkata, beliau kini bekerja keras untuk memperkenalkan dirinya kepada pengundi kerana pertama kali bertanding sebagai wakil rakyat yang di kerusi yang sebelum ini diwakili Datuk Othman Jais.

"Setakat ini sambutan amat baik. Apa yang dijanjikan kepada penduduk ialah pembangunan Barisan Nasional (BN) yang berterusan. Bagi pengundi Cina pula, saya tidak ada masalah, yang penting yakinkan mereka untuk saya berkhidmat kepada semua.

"Disebabkan ini adalah pengalaman pertama bertemu rakyat secara bersemuka di akar umbi, pelbagai karenah rakyat dapat disaksikan. Saya perlu menguatkan mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab ini," katanya.

Beliau yang merupakan adik kepada penyandang kerusi DUN Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Ai, berkata, dalam tempoh singkat ini beliau akan menemui seberapa ramai pengundi bagi memastikan BN terus diterima di kawasan itu.

Sementara itu, Mohd. Firdaus berkata, pihaknya percaya akan berlaku kejutan di DUN Buloh Kasap terutama isu atau masalah di Felda Palong Timur yang akan memihak kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Katanya yang bertanding bagi kali kedua di Buloh Kasap, kesempatan tersebut akan digunakan pembangkang untuk menang di kawasan berkenaan yang merupakan kubu kuat BN.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain