DAP Tanam Perasaan Benci dan Dendam Antara Kaum di Muar - Rencana | mStar

DAP Tanam Perasaan Benci dan Dendam Antara Kaum di Muar

MUAR: Pendekatan menanam perasaan benci antara kaum yang digunakan DAP di negeri ini terutama dalam ceramah kepada kaum Cina dilihat sebagai sesuatu yang amat membimbangkan.

Naib Ketua Pemuda MCA Johor yang juga calon BN bagi Parlimen Bakri, Chris Lee Ching Yong, berkata isu perkauman yang dimainkan DAP telah mewujudkan kebencian kaum Cina terhadap Melayu, Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, perkara tersebut sudah berlaku sejak wujudnya DAP sendiri hingga menyebabkan perpecahan dan kaum Cina menjauhkan diri daripada kaum India dan Melayu.

"Apabila kita adakan gotong royong, Melayu ada tetapi Cina tak ada, kenapa (kaum Cina) jauhkan diri daripada India dan Melayu, kita galakkan semua bangsa bersatu. (Ia kesan daripada) konsep perkauman dimainkan DAP," katanya ketika membentangkan manifesto BN Parlimen Bakri, di sini, Isnin.

Ching Yong menjelaskan, DAP jelas hanya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kawasan yang akan ditandingi MCA iaitu membabitkan ramai penduduk Cina tetapi bukan dikawasan ditandingi Umno.

Perasaan benci itu kata beliau, berkembang dengan pesat di kawasan tumpuan kaum Cina dan ia dilakukan menerusi ceramah di adakan sekitar Parlimen Bakri.

"Banyak ceramah mereka dihadiri orang Cina, selepas itu mereka (kaum Cina) akan dengar dengar kita dengan cara berlainan, tidak dapat lagi menerima perkara logik.

"Saya rasa amat risau berkaitan masalah berkauman ini, ia berlaku di seluruh Malaysia bukan saja di Bakri. Pembangkang kini seperti tidak perlu buat kerja, wujudkan benci orang Cina kepada Melayu, banyak pemuda pemudi terpengaruh dan pembangkang berpegang pada konsep dan prinsip wujudkan benci kaum terhadap kaum lain untuk membolehkan mereka rampas kerajaan.

"Contohnya jika saya suka BN saya akan sokong BN, jika saya tak suka BN tak semestinya undi saya pada pembangkang tetapi jika saya benci BN, undi saya akan tetap kepada pembangkang, mereka mainkan isu ini di kawasan tumpuan Cina menerusi ceramah dan ramai terpengaruh," katanya.

Ching Yong yang juga Ketua Pemuda MCA Bakri, berkata perasaan dendam dan tidak suka adalah tidak sama dan ditonjolkan menerusi tindakan merosakkan poster dan kain rentang BN seperti berlaku kelmarin.

Perkara itu kata beliau, adalah cara yang tidak betul dan ia semakin serius dilakukan seperti mahu melepaskan dendam.

"Tak suka OK tetapi apabila benci ia jadi luar kawalan emosi, saya rasa jika berterusan dan rakyat terima cara itu, masa depan Malaysia akan habis, bukan itu saja, moral golongan muda juga terjejas, sejak Perdana Menteri pertama, mana ada pemuda tanggal seluar, pijak, duduk, ludah, bakar gambar pemimpin," katanya.

Justeru beliau berharap, pengundi dan masyarakat perlu sedar betapa pentingnya perpaduan dalam mewujudkan sebuah negara yang aman dan stabil untuk semua kaum.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain