BN Yakin Kuasai Semula 20 Kerusi Parlimen - Ahmad Maslan - Rencana | mStar

BN Yakin Kuasai Semula 20 Kerusi Parlimen - Ahmad Maslan

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) yakin dapat menguasai semula 20 kerusi parlimen yang terlepas kepada pembangkang, pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini.

Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata dengan tambahan 20 daripada137 yang dimenangi pada PRU 2008, BN akan memperoleh majoriti dua pertiga.

"Kita sasar lima kerusi yang mampu kita rampas semula dari PAS, lima dariDAP dan 10 dari PKR (Parti Keadilan Rakyat)," katanya kepada pemberita selepasmajlis penerangan manifesto BN peringkat negeri Selangor di Bangunan UmnoSelangor di sini.

Mengulas mengenai strategi pakatan pembangkang yang menempatkan golonganartis di kawasan parlimen dan DUN bagi memancing undi, Ahmad yang juga anggotaParlimen Pontian berkata BN tidak pernah merasa goyah dan khuatir berhubung perkara itu.

"Ramai artis sebenarnya yang menyokong BN dan kita tak pernah risau mengenai perkara itu, sekiranya Dayangku Intan (PKR) yang diuar-uarkan mahu bertanding di Pontian juga saya sangat alu-alukan tetapi saya mahu bercabar Anwar Ibrahim untuk bertanding di situ," katanya.

Mengenai majlis penerangan manisfesto yang diadakan, Ahmad berkata BN telah melantik 10 penceramah utama di setiap bahagian parlimen dan DUN yang bermula hari ini sehingga 4 Mei depan.

"Penceramah ini terdiri daripada beberapa kumpulan termasuk ustaz dan pesara, mereka juga antara tulang belakang dalam jentera barisan parti komponen kita yang akan memberi taklimat mengenai manifesto BN kepada rakyat," tambahnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cina Tidak Boleh Tadbir Malaysia - Mat Sabu

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain