Pengundian Boleh Diadakan Pada Hari Bekerja – Pengerusi SPR - Rencana | mStar

Pengundian Boleh Diadakan Pada Hari Bekerja – Pengerusi SPR

PUTRAJAYA: Hari pengundian untuk pilihan raya umum tidak akan terikat dengan trend sebelum ini dan boleh diadakan pada mana-mana hari dalam sesuatu minggu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

“Hari pengundian boleh jatuh pada hari bekerja tetapi SPR perlu mempertimbangkan banyak faktor.

“Kami tidak mahu ia berkebetulan dengan mana-mana hari keagamaan atau kebudayaan, atau mana-mana acara utama politik. Kami juga perlu periksa dengan jabatan meteorologi mengenai ramalan cuaca.

“Cuti sekolah atau sama ada ia adalah hari bekerja bukan pertimbangan yang penting.

“Kami tidak semestinya perlu mengikut trend yang lepas,” katanya pada sidang media selepas memberi taklimat kepada diplomat asing mengenai pilihan raya umum.

Artikel Sebelum

Papa Gomo Akan Cabar Anwar di Permatang Pauh

Artikel Berikut

Artikel Lain