suria

Kaji Khasiat Terung Asam Sarawak - Jabu

Jabu menunjukkan isyarat bagus pada majlis pelancaran produk Terung Asam Sarawak di Kuching, Jumaat.
Jabu menunjukkan isyarat bagus pada majlis pelancaran produk Terung Asam Sarawak di Kuching, Jumaat.
Jabu menunjukkan isyarat bagus pada majlis pelancaran produk Terung Asam Sarawak di Kuching, Jumaat.

KUCHING: Penyelidik pertanian di Sarawak perlu mengkaji pelbagai khasiat yang boleh diperoleh daripada buah Terung Asam Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau berkata penyelidikan tidak sepatutnya hanya terbatas kepada buah sahaja tetapi juga bahagian lain pokoknya, yang telah dikeluarkan sijil Petunjuk Geografi (GI) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

"Daripada tangkai, daun dan pucuknya, kita perlu mengetahui pelbagai khasiat dan kegunaannya (pokok dan buah terung asam)," katanya semasa melancarkan produk Terung Asam Sarawak di sini Jumaat.

Menurutnya, usaha untuk meningkatkan nilai tambah produk Terung Asam Sarawak juga perlu dipergiatkan lagi.

"Malah (rasa) Terung Asam Sarawak yang telah diproses kering sama seperti produk mangga kering dari California," katanya.

Jabu, yang juga Menteri Permodenan Pertanian negeri berkata potensi bagi produk-produk Terung Asam Sarawak dibangunkan adalah besar menerusi penyelidikan dan pembangunan yang sedang dijalankan.

Katanya setakat ini terung asam telah dijadikan jus, makanan dinyahhidratkan dan malahan ais krim dan bahan untuk membuat kek lapis Sarawak.

"Sekiranya kita dapat memasarkannya ke luar negara, produk-produk ini boleh mendapat harga tinggi," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pembaharuan Perkhidmatan Awam

Artikel Lain