suria

Pembangkang Berbohong Dakwa BN Tumbang Sebelum PRU-13 - TPM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua, kiri) berucap sambil memperkenalkan calon baru Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N07, Bukit Serampang Ismail Mohamad (empat, kiri) kepada kira-kira 8,000 masyarakat berbilang bangsa pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Gersik dekat Pagoh, malam Isnin..-Foto BERNAMA

PAGOH: Pembangkang hanya berbohong dengan menyatakan semua negeri diperintah Barisan Nasional (BN) sudah tumbang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana kajian terkini BN menunjukan sebaliknya kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata maklumat yang diperolehi daripada setiap negeri menunjukkan sokongan kuat rakyat menyakinkan BN akan memenangi dua pertiga kerusi seluruh negara.

"Saya sebagai Pengarah PRU BN Kebangsaan sudah pergi ke seluruh negara. Saya pergi ke Sarawak, BN negeri kata boleh menang dua pertiga. Pergi ke Sabah macam tu juga. Begitu juga di Johor. Kalau Lim Kit Siang menang di Gelang Patah, Singapura bimbang Johor tidak akan maju dan membangun seperti sekarang. Pelaburan tak masuk.

"Melaka begitu juga, kita mampu menang di semua kerusi kecuali di Kota Melaka ada susah sedikit. Di Negeri Sembilan saya tanya Menteri Besarnya pun sama, kajian menunjukkan BN akan menang besar kecuali dua atau tiga kerusi," katanya berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang, di Dataran Awam Gersik, dekat sini malam Isnin.

Turut hadir pada majlis tersebut isterinya, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman dan calon BN DUN Bukit Serampang, Ismail Mohamed.

Beliau yang juga calon kerusi Parlimen Pagoh berkata, bagi kawasan Wilayah Persekutuan BN akan menambah empat kerusi manakala di Selangor akan berlaku satu perubahan besar dengan tumbanganya kerajaan pembangkang.

Tambahnya, di Perak keadaan semakin baik dan BN yakin dapat dua pertiga dan di Kedah kerana sambutan amat luar biasa ditunjukkan semasa melawat negeri berkenaan.

"Pulau Pinang susah sikit tapi kita boleh tambah kerusi di sana walaupun susah. Negeri lain seperti Perlis, Terengganu, Pahang akan kekal sebagai negeri BN manakala sudah wujud gelombang merah di Kelantan yang diharap mampu membawa perubahan di sana untuk BN," ujarnya.

Beliau turut mencabar pembangkang supaya menunjukkan negeri mana yang boleh tumbang jika dibandingkan dengan PRU yang lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain