suria

Tukar MB Johor Beri Implikasi Pembangunan Negeri -Khaled Nordin

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
 Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

PASIR GUDANG: Penukaran Menteri Besar Johor setiap dua penggal akan memberi implikasi kepada pembangunan negeri.

Pengerusi Barisan Nasional Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyelar cadangan berkenaan yang disenaraikan dalam manifesto Pakatan Rakyat di Johor dengan menyifatkannya sebagai 'tidak ubah seperti mimpi'.

Beliau berkata pakatan pembangkang sepatutnya melaksanakan cadangan berkenaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka terutamanya di Kelantan.

"Sudah berapa lama Datuk Nik Aziz Nik Mat jadi Menteri Besar di sana?

"Sekiranya mereka menjadi kerajaan negeri di sini, pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia dan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) akan terjejas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Mykasih kepada 500 penerima di sini pada Ahad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain