suria

Pertandingan Tiga Penjuru Jejas Pakatan Pembangkang - Karpal

GEORGE TOWN: Bimbang akan kesan besar ke atas kemenangan pakatan pembangkang (PR), Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mahu sekutunya mengelak daripada bertanding sesama sendiri pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Beliau berkata PR pelu memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru di kawasan masing-masing.

"Perlu ada tolak ansur, mesti ada kompromi. Tidak semua akan berpuas hati tapi matlamatnya (kita) mesti memuaskan seramai mungkin. Pertandingan tiga penjuru boleh memberi kesan besar ke atas PR," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

DAP Kedah dilaporkan akan bersendirian pada pilihan raya umum kali ini jika permintaannya untuk bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kerusi negeri (DUN) tidak dipenuhi oleh PR.

Beberapa kawasan di Kedah seperti Parlimen Alor Setar dan Padang Serai dan DUN Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas serta DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang, dikenal pasti bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru. - BERNAMA

Artikel Lain