suria

Teng Cabar Lim Hanya Bertanding Satu Kerusi

GEORGE TOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow kini mencabar Lim Guan Eng supaya hanya bertanding untuk satu kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

“Ia merupakan bertanding mengenai dasar, masa depan Pulau Pinang.

“Lim perlu menunjukkan komitmen kepada rakyat Pulau Pinang dengan hanya bertanding pada satu kerusi,” kata pada sidang media, Sabtu.

Teng berkata, beliau akan segera menamakan kerusi untuk dipertandingkan sekiranya Lim menerima cabarannya.

Jika Lim masih mahu bertanding untuk kerusi Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng berkata, beliau hanya akan mengumumkan kerusi DUN pada hari penamaan calon.

Pada 8 Mac 2008, Lim bertanding di kerusi Parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih dalam pilihan raya umum 2008.

Artikel Lain