Pelanggan Bertuah Makan Percuma Di Belinda Nasi Ayam - Rencana | mStar

Pelanggan Bertuah Makan Percuma Di Belinda Nasi Ayam

ALOR SETAR: Pelbagai promosi dan pendekatan diambil peniaga untuk melariskan jualan masing-masing dan bagi pengusaha sebuah restoran nasi ayam di Mergong di sini, Rose Belinda Jusoh, makan percuma sebulan sekali di kedainya disediakan kepada pelanggan bertuah.

Rose Belinda, 36, berkata tawaran istimewa itu bertujuan menghargai para pelanggannya di samping menarik lebih ramai pengunjung ke restorannya yang terletak di Pusat Perdagangan Tuanku Haminah, Mergong di sini. "Kami sediakan makanan percuma kepada pengunjung bertuah dalam satu hari antara 15 hingga 20 haribulan setiap bulan dari pukul 12 hingga 2 petang. "Kami tidak menyatakan hari yang spesifik kerana mahu ada elemen kejutan kepada pelanggan-pelanggan kami. Belinda Nasi Ayam beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 11 malam," katanya kepada Bernama di sini.

Usahawanita, yang mempunyai empat anak itu, berkata terdapat tiga menu utama di restorannya yang berkonsepkan kopitiam iaitu Nasi Ayam Ayam Kampung berharga RM8 bagi satu set, Nasi Ayam Special (RM6) dan Nasi Ayam Biasa (RM3.80).

Rose Belinda berkata bagi memastikan keselesaan pelanggannya, dia sangat mementingkan tahap kebersihan di restorannya di samping menggunakan peralatan dan perabot berkualiti. "Saya mahu pelanggan rasa santai di restoran ini dan pemasangan kemudahan Internet (wifi) juga sedang dilakukan atas permintaan pelanggan dan ia adalah percuma," katanya yang dibantu 10 pekerja.

Menurut Rose Belinda, dia sudah menceburkan diri dalam bidang perniagaan hampir 10 tahun, namun baru berjinak-jinak dengan jualan makanan kebelakangan ini atas dorongan suaminya, Ranzi Halim, 40, yang juga seorang usahawan.

"Untuk memulakan bisnes restoran ini saya belajar memasak nasi ayam dengan resepi kicap istimewa daripada saudara dan setiap hari saya sendiri yang menyediakannya bagi memastikan kualiti masakan di restoran saya terjamin," katanya.

Rose Belinda berkata, dia berasa bangga kerana restoran yang diusahakan dengan kerjasama birasnya, Salmi Chin bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat Melayu, malah hampir 70 peratus pelanggannya terdiri daripada kaum Cina. -BERNAMA

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain