RM75 Bilion Boleh Dijana Dari Sektor Minyak & Gas Dalam Tempoh 20 Tahun - Rencana | mStar

RM75 Bilion Boleh Dijana Dari Sektor Minyak & Gas Dalam Tempoh 20 Tahun

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat minyak dan gas dijangka menjana pendapatan berjumlah RM70 bilion hingga RM75 bilion dalam 20 tahun akan datang daripada kegiatan cari gali sumber-sumber minyak baru di Malaysia, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Beliau berkata, ada kira-kira 1.7 bilion tong minyak dapat dihasilkan daripada sumber-sumber minyak baru dalam tempoh tersebut.

"Kerajaan akan menjana pendapatan daripada cukai hasil petroleum sebanyak RM58 bilion dalam tempoh itu," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan suku kedua syarikat itu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sokongan kerajaan berhubung syarikat itu yang akan dimasukkan dalam Akta Cukai Pendapatan Petroleum.

Lima inisiatif baru dicadangkan bagi menggalakkan pembangunan sumber-sumber minyak baru, mempermudah usaha cari gali di medan-medan minyak yang sukar diteroka dan merangsang usaha cari gali domestik.

Shamsul berkata, insentif cukai baru itu akan menarik lebih banyak pelabur minyak dan gas, besar dan kecil, untuk mengambil bahagian dalam usaha cari gali sumber minyak baru di negara ini.

Lima insentif baru itu ialah elaun cukai pelaburan sebanyak 60 hingga 100 peratus perbelanjaan modal yang akan ditolak daripada pendapatan berkanun untuk menggalakkan pelaksanaan projek berasaskan modal di kawasan-kawasan yang banyak menghasilkan minyak, medan gas karbon dioksida tinggi, tekanan tinggi suhu tinggi, laut dalam dan projek prasarana bagi operasi petroleum.

Ia juga merangkumi kadar cukai yang dikurangkan kepada 25 peratus daripada 38 peratus sekarang bagi pembangunan medan minyak persisian untuk meningkatkan daya maju pembangunan dari segi komersial; elaun modal dipercepatkan hingga lima tahun daripada 10 tahun, di mana penggunaan sepenuhnya kos modal yang ditolak boleh meningkatkan daya maju projek.

Yang lainnya termasuklah pengecualian duti eksport ke atas minyak yang dihasilkan dan dieskport dari pembangunan medan persisian bagi meningkatkan daya maju projek.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut