BN kuasai 'ruai' rumah panjang di Batang Ai - Rencana | mStar

BN kuasai 'ruai' rumah panjang di Batang Ai

'RUAI', ruang istimewa yang wajib ada dalam manamana rumah panjang di Sarawak, mempunyai fungsi tersendiri bagi majlis khas seperti sambutan Hari Gawai, perkahwinan, tempat meraikan tetamu dan juga untuk bersantai.

Terletak antara beranda dan bilik ataupun lebih dikenali sebagai pintu, keluasan ruai biasanya bergantung kepada jumlah pintu rumah panjang dan ada yang mencecah sehingga 200 meter panjang dan 20 meter lebar.

Dihiasi dengan tenunan pua kumbu, ruai juga dihampar dengan tikar rotan yang lebih dikenali sebagai tikar Sarawak. Biasanya ruai tidak mempunyai meja ataupun kerusi kerana ia juga menjadi ruang menjamu tetamu dengan duduk di atas lantai.

Sejak akhirakhir ini, ruai di beberapa rumah panjang di kawasan Batang Ai menjadi semakin meriah bukan kerana sambutan Hari Gawai tetapi kerana terdapat pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai.

Pilihan raya kecil 7 April ini melibatkan calon Barisan Nasional, Malcolm Mussen Lamoh, dan lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jawah Gerang.

Melihat kepada kempen Barisan Nasional (BN) di beberapa rumah panjang di sekitar kawasan Batang Ai, sambutan yang diberikan oleh penduduk rumah panjang sememangnya luar biasa.

Bukan sahaja tetamu kehormat daripada kalangan pemimpin dan wakil rakyat BN yang diberi layanan istimewa oleh penduduk rumah panjang, malah kakitangan kerajaan dan petugas media juga disambut mesra.

Di kebanyakan rumah panjang, hampir setiap sudut ruai rumah panjang dihiasi dan digantung bendera BN.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang ketika berkempen di Rumah Panjang Dundang berkata ruai menjadi ruang istimewa kepada masyarakat Iban untuk membincangkan antara lainnya masa depan mereka dan anak cucu mereka.

"Kita tidak mahu ruai ini menjadi tempat untuk membawa masyarakat Iban mundur ke belakang," katanya.

Menurut Jabu, manamana pihak yang mahu menghasut dan memecah belah perpaduan masyarakat Iban tidak seharusnya dijemput datang ke ruai rumah panjang.

"Jika ruang tersebut dibuka kepada orang luar yang hanya tahu mengkritik kerajaan tanpa membawa apa-apa kemajuan, masyarakat Iban akan terus ketinggalan di belakang," katanya.

Pembangkang tidak ketinggalan mencuba nasib dan pengaruh mereka di ruai tetapi kurang mendapat sambutan.

Pada 22 Mac lepas ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat rumah panjang calon PKR di Sayat, beberapa penduduk dikatakan meninggalkan tempat itu kerana tidak senang dengan kehadiran beliau.

Ada juga penghuni rumah panjang dilaporkan memadamkan lampu dan menutup pintu ketika anggota PKR hendak berkempen, malah terdapat juga laporan, ada anggota PKR dihalau penduduk rumah panjang.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Dublin Unting Ingkot bulan lepas akibat serangan angin ahmar.

Batang Ai mempunyai 8,006 pengundi, 95 peratus daripadanya masyarakat Iban. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kerepek ubi kayu Tawau yang unik

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain