suria

Universiti Teknologi Petronas Wujudkan Pusat Penyelidikan Di TPM

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) baru-baru ini melancarkan secara rasmi Pusat Teknologi Canggih dan Inovasi (ATIC) di Taman Teknologi Malaysia (TPM) di Bukit Jalil di sini, demikian menurut satu pengumuman Isnin.

ATIC ditubuhkan sejajar dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan pemindahan teknologi antara universiti dan industri, kata universiti itu dalam satu kenyataan.

Ia berfungsi sebagai satu "pusat sehenti" bagi UTP untuk menyediakan keperluan industri dan "tetingkap kedai" bagi memperagakan kepakaran dan kemudahan UTP kepada dunia.

Pusat itu diwujudkan di TPM bagi menyokong kerjasama antara universiti itu dan entiti luar seperti industri dan agensi kerajaan. - BERNAMA

Artikel Lain