suria

UMP Popularkan Sukan Bola Keranjang

KUALA LUMPUR: Sebanyak 103 pasukan dari 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan beberapa sekolah menengah seluruh negara telah mengesahkan penyertaan ke Karnival Bola Keranjang 3-On-3 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kali kedua di Kuantan, bulan ini.

Karnival kali kedua anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu akan berlangsung di Kompleks Sukan UMP, Kuantan pada 13-16 Okt ini. Ia mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Malaysian Basketball Association (MABA).

Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata objektif penganjuran karnival itu adalah untuk mempopularkan sukan tersebut di kalangan penuntut IPT.

"Syarat kejohanan tahun ini sedikit berbeza dari tahun lepas.

"Setiap kumpulan kali ini kita panggil "three plus one" dimana "plus" tersebut akan melibatkan seorang pelajar antarabangsa yang diberi kebenaran untuk turut serta dalam kejohanan kali ini," katanya pada majlis perasmian karnival itu di Hotel Grand Olympic di sini, Isnin. -BERNAMA

Artikel Lain