suria

KPTM Jalin Kerjasama Dengan Pihak Swasta Bina Kolej Tetap

ALOR SETAR: Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) akan bekerjasama dengan pihak swasta untuk membina kolej tetap di setiap negeri bagi menampung permintaan meningkat untuk memasuki kolej itu.

Pengerusi KPTM Datuk Sohaimi Shahadan berkata kerjasama tersebut memandangkan kolej itu tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Katanya, usaha itu dilakukan melalui proses transformasi lima tahun KPTM bagi menampung permintaan yang tinggi serta memberi keselesaan kepada pelajarnya.

"Kita akan mengekalkan kolej-kolej cawangan KPTM yang sedia ada di negara ini dan akan baik pulih kolej cawangan yang rosak agar jadi lebih baik demi keselesaan pelajar," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di KPTM Alor Setar di sini Selasa.

Katanya, setakat ini sudah ada beberapa pihak yang menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan KPTM namun belum ada sebarang keputusan diambil. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain