suria

UMT Terima 1,900 Penuntut Ijazah Pertama

KUALA TERENGGANU: Seramai 1,900 penuntut hari ini mendaftar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini bagi mengikuti 25 program peringkat Ijazah Sarjana Muda sesi 2011/2012.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Aziz Deraman berkata, sebanyak 2,382 surat tawaran dikeluarkan bagi sesi kemasukan kali ini dan daripada jumlah itu seramai 1,900 pelajar menjawab menerima tawaran berkenaan.

UMT turut menerima 12 penuntut antarabangsa iaitu dari Indonesia, India, Somalia, Uzbekistan, Yaman dan China, katanya ketika ditemui semasa meninjau proses pendaftaran penuntut baru di Dewan Sultan Mizan, UMT di sini.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa UMT akan memperkenalkan dua program baru iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Kejuruteraan Infomatik Marin mulai sesi kemasukan tahun depan. - BERNAMA

Artikel Lain