UIA Awasi Kemasukan Pelajar Antarabangsa Untuk Elak Salah Guna Visa - Kampus | mStar

UIA Awasi Kemasukan Pelajar Antarabangsa Untuk Elak Salah Guna Visa

KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengawal ketat jumlah pengambilan pelajar antarabangsa ke negara ini bagi mengelak berlakunya kes penyalahgunaan visa di kalangan para pelajar.

Rektor UIAM, Datuk Dr Zaleha Kamruddin berkata, polisi universiti tersebut bukan mementingkan jumlah pelajar ataupun kuantiti, tetapi kualiti yang dipamerkan oleh pelajar yang terpilih untuk belajar di universiti tersebut.

"Walaupun kita tetapkan jumlah 30 peratus pelajar antarabangsa bagi program postgraduate dan undergraduate, pemilihan pelajar sangat terperinci kerana kita tidak mahu pelajar-pelajar tersebut mendaftar di universiti ini, tetapi pada masa yang sama melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang kepada 15 orang warga kerja kurang berkemampuan UIAM oleh Presiden UIAM Tan Sri Sidek Hassan di sini, Rabu.

Zaleha berkata, pihak universiti tidak mahu hanya kerana untuk mencapai kuota 30 peratus yang ditetapkan pihak universiti, mereka akhirnya terpaksa menanggung beban risiko lain yang mungkin timbul kelak.

"Oleh itu, pihak dekan universiti akan membuat pemilihan secara mendalam berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Dekan Kemasukan dan Rekod UIAM Penolong Profesor Dr Shamsul Jamili berkata, sebanyak 250 pelajar antarabangsa dijangka mendaftar sebagai pelajar di universiti tersebut Sept ini di bawah program ijazah.

"Jumlah ini bagaimanapun kurang sebanyak 20 peratus dari tahun sebelumnya disebabkan oleh persaingan di antara universiti lain semenjak tarikh kemasukan universiti tempatan ditukarkan ke bulan September," katanya.

Artikel Sebelum

NC UTM Terima Anugerah Kejuruteraan Asean

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?