suria

UTEM Dipilih Sebagai Pusat Tumpuan Sukan Berbasikal

MELAKA: Kementerian Pengajian Tinggi memilih Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai Pusat Tumpuan Sukan Berbasikal (PTSB) bagi institusi pengajian tinggi.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Ahmad Yusoff Hassan berkata sebagai PTSB, UTeM akan menjadi pusat latihan bagi pelumba basikal dari semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

UTeM kini mempunyai beberapa kemudahan untuk sukan berbasikal termasuk trek sepanjang tujuh kilometer dalam kampus, katanya dalam ucapan perasmian kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (Sukum) ke-36 oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM Datuk Ir Ahmad Zaidee Laidin di universiti itu malam tadi.

Teks ucapan Ahmad Yusoff dibacakan oleh Timbalannya Prof Datuk Mohamad Kadim Suaidi.

Mengenai penganjuran Sukum, Ahmad Yusoff berkata kejohanan itu bertujuan menggalakkan para petugas mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas, ke arah meningkatkan produktiviti universiti.

Katanya sukan boleh membentuk staf berperibadian mulia dan dapat mengeratkan silaturrahim sesama mereka.

Temasya Sukum, yang berlangsung dari Jumaat lepas hingga Ahad ini disertai 20 universiti awam dan satu kontinjen Kementerian Pengajian Tinggi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

UPSI Lancar Portal E-Buli

Artikel Berikut

Artikel Lain