Tiga Kriteria Perlu Ada Pada Pegawai HEP - Kampus | mStar

Tiga Kriteria Perlu Ada Pada Pegawai HEP

SHAH ALAM: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyenaraikan tiga kriteria yang perlu ada dalam diri seorang pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) di semua institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Beliau berkata, tiga kriteria itu adalah memahami kehendak orang muda, memahami matlamat dan hala tuju kerajaan serta hasrat negara dan ketiga faham akan kekangan kerajaan.

"Tiga kriteria ini perlu ada kerana HEP adalah bahagian wajib dalam semua IPT bagi memastikan urusan pelajar yang menjadi nadi kepada sesebuah institusi terjaga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konferensi Kebangsaan Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar 2011 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, Selasa.

Mohamed Khaled berkata, sebagai seorang pegawai HEP, adalah penting untuk mengetahui kehendak dan aspirasi golongan muda dalam memastikan setiap program yang dijalankan mendapat sambutan seterusnya mencapai matlamat.

Beliau berkata, memahami matlamat dan hala tuju kerajaan juga penting supaya program yang dijalankan di IPT selaras dengan apa yang diperlukan oleh negara demi melahirkan modal insan yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

Katanya, fahami kekangan kerajaan pula antaranya merangkumi hal bajet dan sumber manusia di mana seorang pegawai HEP perlu bersikap kreatif dan inovatif serta bekerja secara serba boleh.

Konferensi yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM itu berlangsung selama dua hari membabitkan 600 peserta IPT Awam dan Swasta dari seluruh negara serta 2,000 penuntut selaku pemerhati.

Mengenai tindakan beberapa penuntut Malaysia di luar negara yang terbabit dalam perhimpunan haram yang diadakan Sabtu lepas, Mohamed Khaled berkata ia hanya membabitkan sebilangan kecil penuntut sahaja.

"Mereka lebih kepada mengambil peluang untuk berkumpul sesama mereka, pakai baju warna sama dan bergambar," kata beliau sambil menambah, sehingga kini tiada tindakan akan diambil terhadap mereka namun pemantauan berkala akan dilakukan.

Berhubung penuntut IPT yang terbabit dalam perhimpunan haram itu di Kuala Lumpur, beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan polis dan senarai penuntut itu akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

UiTM IPTA Pertama Terima Anugerah Platinum ACCA

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain