BioMalaysia 2010: UPM Unggul Raih Pingat - Kampus | mStar

BioMalaysia 2010: UPM Unggul Raih Pingat

KUALA LUMPUR: Produk penyelidikan Universiti Putra Malaysia berjaya meraih Anugerah Khas, tiga pingat emas, dua pingat perak dan empat pingat gangsa pada pameran BioMalaysia 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur(KLCC) baru-baru ini.

Pameran berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Anugerah Khas dan pingat emas diperoleh Prof. Dr. Yaakob Che Man dari Institut Penyelidikan Produk Halal dengan produk HaFYS-Porcine DNA Test Kit yang dapat mengesan deoxyribonucleic acid (DNA) babi dalam masa sejam.

Turut memenangi pingat itu ialah Prof. Madya Dr. H’ng Paik San dari Fakulti Perhutanan dengan produk Optimum Bioconversion Process of Lignocellulosic Waste to Ethanol mengenai kegunaan sisa industri pertanian dan sisa berasaskan kayu untuk pengeluaran maksimum glukosa dan bioetanol melalui proses hidrolisis.

Pingat emas ketiga dimenangi oleh Hasry Yunardi Hassan dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina dengan produk Food Marinate Container yang berfungsi untuk memerap bahan makanan mentah menggunakan sistem vakum pam berserta penentu waktu dan sesuai digunakan oleh suri rumah.

Manakala dua pingat perak dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Shuhaimi Mustafa dari Institut Penyelidikan Produk Halal dengan produk Halal Encapsulation for bifidobacteria dan Dr. Ahmad Bustamam Abdul dari Institut Biosains dengan produk A New Potential Anti Leukemic from a Local Tropical Plant.

Pingat gangsa pula dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Jalaluddin Harun dari Institut Perhutanan Tropikal dan Produk Hutan dengan produk New Approach to Use of Kenaf for Paper and Paperboard Production, Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Mior Ahmad (Morphology and Pathogenicity of Synchytrium: the Malaysian Chytrid), Dr. Rajesh Ramasamy (Mesenchymal Stem Cells modulate Neutrophils' Respiratory Burst Activity: an Impact on Chronic Inflammatory Diseases) dan Dr. Rusliza Basir (Orthosiphon stamineus Leaf Extract Protects Against Ethanol-Induced Gastropathy in Rats).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

UPM Raih Dua Pingat Emas Di Jerman

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini