suria

USIM Anjur Persidangan Dakwah November Ini

PETALING JAYA: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menganjurkan Persidangan Pengurusan Islamik dan Dakwah: Prospek dan Amalan (IC-DAIM '10) pada 23 dan 24 November ini.

Persidangan bertemakan Ke Arah Mengukuhkan Ummah dan Organisasi itu dijadual diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses dekat sini dianjurkan bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).

IC-DAIM '10 bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman bidang dakwah dan pengurusan dalam Islam selain meningkatkan kemahiran dalam aspek berkenaan di samping dalam soal kepimpinan.

Para peserta juga bakal mengetahui kaedah-kaedah baru membangun dan memindahkan dalam organisasi masing-masing.

Sehubungan, USIM menjemput semua pihak termasuk ahli akademik, pentadbir, kakitangan sektor awam dan swasta, anggota pertubuhan bukan kerajaan, penyelidik serta para pelajar menyertai persidangan berkenaan sama ada sebagai pembentang kertas kerja atau peserta.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Khatijah Othman di talian 06-7988260, Suhailiza Md. Hamdani (06-7988251) atau Marina Munira Abdul Mutalib (06-7988285) di Sekretariat Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM, Bandar Baru Nilai, Nilai 71800 Negeri Sembilan Darul Khusus atau layari www.ic-daim2010.usim.edu.my.

Artikel Berikut

Artikel Lain