USM Meterai MoU Dengan Universiti Jerman Bagi Pembangunan Bioteknologi Marin - Kampus | mStar

USM Meterai MoU Dengan Universiti Jerman Bagi Pembangunan Bioteknologi Marin

PULAU PINANG: Satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Rheinische-Friedrich-Wilhelms University di Bonn, Germany untuk menjalankan projek penyelidikan bersama khususnya mengenai alam lautan dan kehidupan marin.

Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata melalui MoU itu, projek penyelidikan akan fokus kepada pembangunan bioteknologi marin dan kajian mengenai alam lautan di Selat Melaka.

Kerjasama ini akan membolehkan kami menjalankan penyelidikan mengenai kajian alam lautan, alam sekitar, kepelbagaian biologi dan hab pengetahuan," katanya dalam ucapan alu-aluan sebelum majlis pemeteraian MoU itu di sini hari ini.

USM diwakili Dzulkifli manakala universiti Jerman itu diwakili Profesor Dr Solvay Gerke menandatangani MoU itu.

MoU itu juga termasuk pertukaran tenaga kerja bukan akademik dan ijazah lanjutan, siswazah dan penuntut penyelidikan.

Gerke berkata beliau berharap dapat menjalin lebih banyak kerjasama dengan USM dan kajian mengenai alam lautan di Selat Melaka akan dapat dijalankan dengan jayanya dan hasil laporannya dapat dikeluarkan dalam tempoh dua tahun akan datang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Empat Politeknik Metro Mula Hujung Tahun Ini

Artikel Berikut

Artikel Lain