suria

EU Bantu Tiga Universiti Tempatan Hasilkan Pekerja Berkemahiran Tinggi

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melancarkan projek "MYEULINK" yang melibatkan kerjasama Kesatuan Eropah (EU) dan tiga universiti tempatan untuk menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh industri.

Bagi projek tiga tahun itu, EU menawarkan dana sebanyak Euro 575,000(RM2.5 juta) kepada Universiti Malaya (undang-undang dan politik), Universiti Putra Malaysia (perniagaan dan ekonomi) dan Universiti Malaysia Sabah (sejarah dan media).

Projek itu juga bertujuan memperkasakan hubungan dan dialog Malaysia dan EU dalam bidang pengajian tinggi.

Mohamed Khaled berkata sektor swasta perlu turut aktif membantu memajukan bidang pengajian tinggi di negara ini.

"Kita bukan sahaja mahu melihat bidang keusahawanan dalam sektor swasta tetapi kita juga mahu mereka menekankan kepimpinan akademik," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain