suria

Pelatih PLKN Diberi Pelepasan Melanjutkan Pelajaran ke IPTA/IPTS

MACHANG: Seramai 42,000 pelatih yang baru menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Siri 2 2010 di 72 pusat seluruh negara akan diberi pelepasan untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata mereka mestilah mengemukakan surat tawaran daripada IPTA dan IPTS terbabit di samping salinan yuran pendaftaran kepada pusat-pusat latihan yang disertainya.

"Bagaimanapun mereka akan dipanggil semula untuk menyambung latihan di PLK Nselepas tamat pengajian," katanya kepada pemberita setelah upacara pelepasan 121 peserta yang akan mengikuti latihan di dua buah kem di Gua Musang dan Kuala Krai di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata bagi pelatih yang bercadang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), mereka tidak akan diberi pelepasan sebaliknya akan diminta menangguhkan sehingga tamat latihan.

Katanya pihaknya akan memohon kerjasama Kementerian Pelajaran bagi membenarkan pelajar terbabit menamatkan siri latihan itu.

Mengenai kemasukan pelatih PLKN ke kem latihan di seluruh negara mulai semalam, beliau berkata sehingga ini kemasukan mereka berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan.

Katanya JLKN menyediakan 1,079 buah bas, 49 penerbangan, 13 buah feri bagi mengangkut mereka ke pusat-pusat latihan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. -BERNAMA

Artikel Lain