Asam pedas ekor & bendi - Jamu Selera | mStar

Asam pedas ekor & bendi

MENDENGAR namanya sahaja sudah membuatkan kita terbayang akan keenakan rasanya. Hidangan ini sempurna untuk santapan berbuka seluruh ahli keluarga.

(Hidangan untuk 12 orang)

1.5 kilogram ekor lembu
500 gram cili kering dipotong halus
50 gram bawang besar
90 gram daun bawang
60 gram bawang putih
50 gram serai
45 gram halia
190 mililiter minyak masak
240 gram air asam jawa
40 gram belacan
garam
70 gram bendi dipotong dua

Cara penyediaan

1) Dalam periuk besar, rebuskan ekor lembu sehingga lembut. Selepas itu, biarkan ia sejuk.

2) Dalam periuk yang dipenuhi air, tambahkan cili. Biarkan ia mendidih. Pindahkan cili kedalam pemproses makanan dan kisar sehingga halus dan menjadi pes cili.

3) Tambahkan campuran bawang merah, daun bawang merah, bawang putih, serai dan halia ke dalam pemproses makanan.

4) Dalam periuk besar di atas api sederhana, tambahkan minyak masak dan tumis campuran tadi sehingga naik aroma. Masukkan air asam jawa, belacan dan garam secukup rasa dan kacau seketika.

5) Tambahkan ekor lembu dan kacang bendi dan renehkan selama 10 minit ats api perlahan.

6) Hidangkan bersama nasi panas.
asam pedas ekor , bendi

Artikel Sebelum

Ayam kurma navratan

Artikel Berikut

Kebab cita rasa Ramadan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis