suria

Roti John

ROTI John merupakan juadah ringan yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia terutama pada bulan Ramadan. Kebiasaannya kita lebih gemar membeli juadah ini di bazar Ramadan tetapi rasanya kadang kala tak seperti diharapkan.

Jadi apa kata cuba resipi hasil air tangan chef di Hotel VE. Sudah tentu ia akan menepati selera anda seisi keluarga.

Bahan-bahan:

4 batang roti lembut panjang

120 gram daging ayam yang dicincang

60 gram pes bawang merah

30 gram pes halia

30 gram pes bawang putih

10 gram kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang

40 gram tepung kari daging

20 gram sos cili

15 gram mayones

15 gram sos lada hitam

20 gram timun batang

20 gram bawang merah kering

20 gram kubis bulat

5 biji telur

Cara penyediaan:

1) Inti

- Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang sehingga wangi.

- Masukkan serbuk kari dan daging ayam cincang. Gaul sebati.

- Pukul telur dan gaul bersama tumisan ayam dan serbuk kari.

2)Potong roti kepada dua bahagian dan letakkan ketepi dahulu.

3)Sapukan campuran ayam dan telur di dalam kuali panas diikuti roti.

4)Terbalikkan roti sehingga ia kelihatan berwarna keperang-perangan.

5)Akhir sekali, masukkan semua inti sayur di atasnya, letakkan sos cili, mayonis dan sos lada hitam.

6)Lipatkan roti dan potong dalam saiz kecil.

roti john

Artikel Sebelum

Lamb Saagwala

Artikel Berikut

Artikel Lain