suria

Chef Harry 'terbang' ke KL kongsi rahsia juadah nusantara

WARNA dan rasa hidangan nusantara yang disediakan  chef dari Indonesia, Harry Haryadi pastinya akan membangkitkan selera anda sepanjang Ramadan ini.

Harry dari Pullman Jakarta berkongsi kepakarannya apabila bekerjasama dengan pasukan kulinari di Sofitel Kuala Lumpur untuk mengangkat hidangan warisan yang kaya dengan rasa.

Walaupun kebanyakan hidangan warisan ini terdiri daripada makanan Melayu, Harry berkata, nusantara merupakan rantau yang luas dan menawarkan variasi hidangan dari kawasan yang berbeza.

Masyarakat Padang misalnya gemar menggunakan santan untuk menambah rasa lemak dan aroma manakala orang Jawa suka makanan manis.

"Walaupun makanan ini berasal dari rantau sama, pengunjung boleh merasai perbezaannya di sini menerusi bufet Ramadan kami.

"Saya memilih hidangan popular dari kawasan berbeza untuk dinikmati pengunjung. Ia juga untuk menunjukkan yang bahan biasa seperti serai dan lengkuas boleh digunakan dengan cara berbeza untuk menghasilkan rasa makanan yang terbaik," ujarnya.

Malah, bufet makanan tersebut disediakan pada saat-saat terakhir sebelum berbuka bagi memastikan pengunjung dapat merasai makanan yang masih segar dan panas.

Stesen makanan disitu menyediakan hidangan seperti kambing panggang dengan nasi Indonesia, ayam panggang, makanan laut bersama seleksi sos dari rantau Asia.

Selain hidangan nusantara dan Melayu, mereka turut menyediakan makanana Cina, India, Jepun dan Barat.

Pendek kata, mereka yang berbuka puasa di Sofitel Kuala Lumpur berpeluang menikmati hampir 200 juadah yang ditawarkan.

Selain makanan yang sedap, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan live gamelan.

Mereka turut menyediakan pakej istimewa untuk tetamu yang datang berkumpulan dengan jumlah minima seramai 10 orang.

Promosi 'A Journey trough Nusantara' boleh dinikimati sehingga 10 Jun ini dengan harga RM178 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak.

Bermula 11 hingga 14 Jun, harga bufet berubah kepada RM138 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak.

KWEE ZEEN, Sofitel Kuala Lumpur Damansara, No 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara. (Tel:03-2720 6688). Waktu operasi: 6am to 11pm


Harry, Sofitel

Artikel Berikut

Kerabu telur masin

Artikel Lain