Ayam goreng Korea - Jamu Selera | mStar

Ayam goreng Korea

AYAM sinonim dengan masakan kari dan rendang. Namun apa kali ini ubah selera anda dengan resipi ayam goreng Korea. Sudah tentu hidangan ini akan menjadi kegemaran seisi keluarga anda.

Bahan untuk perap ayam (Lebih lama perap lagi sedap)

20 kepak ayam

1 cawan Plain Yogurt

1 sudu teh Lada hitam

3 ulas Bawang putih cincang *gaul bersama & perap.

Cara-cara:
1. Salut ayam rata-rata dengan menggunakan tepung gandum @ tepung ubi kentang.

2. Goreng ayam hingga garing.Toskan

3. Goreng lagi sekali untuk tekstur yang lebih rangup.

Bahan sos:
4 sudu besar kicap cair

1 sudu sudu besar cuka *jangan lebih nanti masam

5 sudu gula perang

2 sudu besar madu

2 sudu teh serbuk cili

Cara-cara:
1.Masak hingga pekat.

2. Kemudian gaulkan dengan ayam.

3. Tabur bijan sangai.

*Kredit FB Astini Cake


ayam goreng Korea

Artikel Sebelum

Acar timun

Artikel Berikut

Ikan masak asam cuka

Artikel Lain