suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayam Bamboo

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 ikat pucuk ubi kayu
1 buluh sederhana besar. 
3 batang serai (diketuk)
3 ulas bwg putih & 5 ulas bwg merah (ditumbuk)
2 inci halia (dihiris)
Garam secukup rasa
Boleh ditambah dengan umbut lengkuas supaya wangi

Cara-cara:

1. Potong ayam sederhana besar dan cuci bersih. 
2. Perap ayam dengan bawang, halia, serai dan garam selama 3 minit.
3. Ambik pucuk ubi yang masih muda, cuci dan ramas menggunakan garam kira 2 sudu kecil.
4. Gaulkan daun ubi yang telah diramas sederhana lumat dengan ayam yang telah diperap tadi.
5. Cuci buluh terlebih dahulu kemudian masukkan ayam dan daun ubi yang telah digaul tadi.
6. Bakar buluh yang telah diisi ayam menggunakan api kayu (seperti membakar lemang)...
7. Setelah ayam mendidih, bakar lagi selama 30 minit.
8. Apabila telah masak, tuangkan ayam kedalam mengkuk yang sederhana besar dan boleh dihidang.


Ayam Bamboo

Artikel Sebelum

Sup Tulang

Artikel Berikut

Patin Tempoyak

Artikel Lain